Text

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Baca post yg lama dulu ye untuk lebih faham sebab post2nya saling berkaitan dan ada sangkut paut..Post2 saya berkaitan dengan konspirasi dunia masa kini..I can feel in the air..I can feel on the land..I can feel in the water..The world is changing(saje je speaking sket)..Perubahan yang dunia alami begitu drastik..ketamadunan Barat meresapi ke seluruh pelosok dunia..Tamadun Barat Moden ini benar2 sesuatu yang aneh..sangat aneh berbanding tamadun2 sebelumnya..mereka seolah-olah tiada tuhan..mereka fikir sains mereka adalah tuhan..Apa yang berlaku?! Sesuatu sedang dijalankan..Kita perlu bongkar rahsia mereka..Apa yang mereka sedang rancang, agenda mereka kita perlu gali keluar..Atau..kita akan hanyut dan fana..

Wednesday, 30 March 2011

Dajjal Telah Memulakan Langkahnya

Tajuk yang agak catchy di sini, tetapi memang inilah yang sedang berlaku. Nabi Muhammad pernah menerangkan kepada sahabatnya bahawa umat baginda terbahagi kepada 5 fasa.

Fasa 1: Umat yang hidup bersama dengan nabi mereka; iaitu mereka yang hidup pada zaman Rasulullah hidup.
Fasa 2; Umat yang hidup di bawah pemerintahan Khalifah; mereka yang hidup di bawah pemerintahan khulafa'                               arrasyidin.
Fasa3: Umat yang hidup di bawah pentadbiran yang menggigit; zaman pemerintahan bani umaiyah, abbasiyah dan turki uthmaniah yang mengamalkan sistem warisan
Fasa4: Umat yang hidup di bawah pemerintahan orang-orang yang tiada pengetahuan; zaman kita sekarang.
Fasa 5: Umat yang hidup dibawah pemerintah khilafah; di sinilah kerajaan Mahdi dan Nabi Isa akan tertegak.
Kemudian nabi diam: menandakan tamatnya tamadun manusia(kiamat)

Jika kita mengikut aturan ini, maka boleh disimpulkan bahawa dajjal akan keluar pada fasa ke-4 kerana fasa sebelumnya sudah berakhir dan dajjal xkan mungkin akan muncul pada fasa ke-5 kerana ianya pemerintahan khilafah.Jadi logiklah dajjal akan keluar tidak lama lagi.

Menurut hadis Rasulullah, " Dajjal akan berkuasa di muka bumi selama 40 hari. 1 hari bersamaan dengan tahun, 1 hari bersamaan dengan bulan, satu hari bersamaan dengan minggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."

Baiklah, 1 hari bersamaan dengan tahun. Apakah maksudnya? Ianya merujuk kepada hari Allah dan tahun manusia. Dalam surah al Haj ayat 47 (kalau x silaplah, kalau salah betulkan ye..) " 1 hari di sisi Tuhanmu bersamaan seribu tahun kamu"
Hal ini bermaksud 1 hari yg dinyatakan rasulullah itu bersamaan dengan 1000 tahun. Jadi maksudnya dajjal memulakan hari pertamanya selama 1000 tahun melalui pentadbiran British. Monarki British bermula seawal 900M. Hal ini bermaksud, 900+1000= 1900, dajjal menamatkan hari pertamanya pada 1900 melalui British yang menggunakan Pound sebagai matawang. Pada sekitar tahun inilah perang dunia pertama bermula. Perang dunia pertama tamat pada 1918.

Dajjal memulakan hari keduanya yang bersamaan dengan bulan. Bagaimana hendak mengiranya?
1hari=bulan
       =1000tahun/12bulan
       = 83 tahun
Dajjal akan menamatkan hari keduanya 83 tahun selepas 1918. Siapa yang menguasai dunia selepas British? Amerika Syarikat yang menguasai dunia dengan wang dollar amerikanya.
Jadi ini bermaksud 1918+83=2001
Pemerintahan Amerika tamat pada tahun 2001, ye selepas peristiwa 9/11 itu, AS menyerahkan pemerintahan dunia ini kepada Israel pula. Untuk mengetahui sampai bila Israel akan berkuasa kita hanya perlu rujuk frasa seterusnya iaitu 1 hari bersamaan dengan minggu.

1hari=minggu
       =1000tahun/48 minggu(1tahun ada 48 minggu)
       = 20.83 tahun
Bermaksud Israel akan menyerahkan pemerintahannya kepada dajjal selepas 20 tahun memerintah. 2001+20=2021
Berkemungkinan dajjal akan keluar pada tahun ini dan meneruskan hari2 bakinya seperti hari-hari kita yang biasa(jgn percaya 100% kerana ini hanya teori sahaja).

Fitnah2 dajjal sudah bermula sejak pemerintahan British lagi.Secara x langsung kita mungkin sudah terkena sedikit penangan dajjal.Pelbagai fitnah yang mereka telah lakukan bagi menyesatkan ramai manusia supaya New World Order yang mereka impikan tercapai.British, AS,Israel dan konco2 mereka telah melakukan segalanya bagi memastikan dajjal boleh menang semasa bertarung dengan tentera mahdi nanti tapi, Allah maha Kuasa daripada segala-galanya.

All seeing eye yang melambangkan mata satu dajjal
Post yang berikutnya akan menerangkan dan membuka minda anda tentang fitnah dunia terhadap manusia yang dijalankan oleh agen2 dajjal ini.

Simbol-Simbol Illuminati


Berikut adalah logo-logo syarikat milik ahli illuminati. Sebenarnya terdapat banyak lagi syarikat yang dimiliki oleh illuminati.Anda boleh membuat carian sendiri di internet.

Seterusnya, illuminati menggunakan simbol2 untuk melambangkan identiti mereka. Simbol2 mereka berunsurkan lambang-lambang dalam freemason. Antaranya:



Kompas dan sesiku / The Compass and Square - Mungkin adalah simbol yang paling dikenali dan membingungkan dari semua simbolFreemasonry. Tiga Cahaya Besar (Three Great Lights) dalam Masonry adalah Kitab Bible, Sesiku, dan Kompas.


Bible adalah hanya panduan kepada ahli baru. G "adalah benar-benar korupsi, atau mungkin pengganti untuk, huruf Hebrew / Ibrani iaitu y (yod), yang merupakan awal dari nama yang tidak dapat digambarkan." "Huruf G menyampaikan kepada fikiran saudara-saudara mereka, idea tentang TUHAN / GOD dan Geometri. "Dilampirkan dalam sebuah segitiga, itu adalah simbol dari Kesatuan TUHAN, yang dikenali sebagai" Arkitek Besar Alam Semesta " / “Great Architect of the Universe”.

Kiub / The cube - Dalam Masonry anda akan bekerja dariashlar kasar ke ashlar sempurna. Untuk seorang Mason, ashlar kasar "adalah lambang laki-laki dalam keadaan biasa iaitu kedunguan. Tetapi jika menjadi ashlar sempurna, dalam rujukan kepada cara persiapan, dianggap sebagai simbol karakter sosial Freemason, maka ashlar kasar harus dianggap sebagai simbol dunia yang mencemarkan. Dalam spesis simbolisme ini, yang kasar dan yang sempurna menanggung hubungan yang sama antara satu sama lain sebagai kedunguan lakukan terhadap pengetahuan, kematian kepada kehidupan, dan cahaya kepada kegelapan. Ashlar kasar adalah mencemarkan, ashlar sempurna adalah memulakan. "Mackey's symbolism of Freemasonry (p.323)


Matahari naik / The rising sun - Menyembah Matahari adalah "yang paling kuno dari semua kepercayaan tahayul. Ini berlaku khususnya di Phoenicia, Kasdim, dan Mesir, dan jejak itu telah dijumpai di Peru dan Mexico. Pengaruhnya terasa dalam misteri kuno, dan banyak kiasan padanya boleh ditemui dalam simbolisme Freemason. "Albert Mackey" symbolism of Freemasonry (p.362). Tanda Matahari dikenali sebagai titik tertentu di dalam lingkaran, mengikut Mackey, tidak diragukan lagi berasal dari hal kelamin.
Bill Clinton mengumumkan pada Y2K, "Ia adalah Rising Sun!" Memang, di masa lalu, menjadi simbol dewa Mesir, Horus. Ianya dianggap oleh beberapa orang, untuk mewakili era baru Aquarius dan kedatangan radiasi baru dari teras galaksi. "The Golden Dawn". Penyembahan matahari telah menjadi titik tumpuan bagi sebahagian besar agama.Swastika adalah simbol matahari, tetapi pernahkah anda bertanya-tanya mengapa Hitler menggunakan swastika?
Swatika




Empat segi yang miring / The Canted Square - Dalam ritual occultic orders, seperti Freemason, adalah diperlukan bahawa calon mengelilingi altar lodge dalam cara tertentu. Ia dikenali sebagai circumambulation.Circumambulation adalah amalan "... membuat litar tentang sesuatu atau di kawasan terhormat ..." Dalam Masonry, circumambulation melibatkan pembuatan sebuah litar sekitar Lodge, sementara menjaga tangan kanan ke arah altar. "Upacara itu adalah simbol yang nampak jelas kemunculan harian matahari, dan tidak diragukan lagi berasal dari penyembahan matahari kuno."





Proposisi 47 Euclid / The 47th Proposition of Euclid - dikenali sebagai " proposisi yang menakjubkan yang merupakan dasar dari semua Masonry." Hal ini juga dikenali sebagai Teorem Pythagoras.Teorem Pythagoras adalah penting dalam membina bangunan, dan salah satu penggunaannya adalah membuat bilik 4 segi. Pembina menggunakan teorem untuk mensegikan sudut bilik dengan menggunakan nisbah nombor tiga, empat dan lima. Tiga kuasa dua ditambah empat kuasa dua = lima kuasa dua.


Ini, dengan orang Mesir beberapa ribu tahun yang lalu, merupakan standard dan simbol kesempurnaan, dan mereka  juga membuatnya asas dari semua pengukuran mereka, mereka memandangnya sebagai simbol Universal Alam, sisi yang ke 4 ialah Osiris iaitu prinsip lelaki , sisi ke 3 adalah Isis iaitu prinsip wanita, dan sisi ke 5 Horus iaitu anak, produk dari kedua prinsip-mereka berkata 3 adalah bilangan ganjil pertama yang sempurna, bahawa 4 adalah persegi daripada 2 nombor genap pertama, dan 5 adalah hasil daripada 3 dan 2.

Setiap Mason, selepas diangkat, telah direproduksi oleh circumambulation nombor tiga, empat dan lima di sudut paling signifikan Lodge, Timur Laut, dan dengan demikian tanpa diketahui telah membaca dengan kakinya formula yang terkandung dalam 47 masalah, dan dengan demikian telah "mengkuasa-duakan Lodge".






4 segi bercantum / The oblong Square -  Setelah calon mengelilingi altar dan mengalami kehidupan dan kematian "Anak Janda", Hiram Abiff, dia diajarkan cara yang tepat untuk berdiri di hadapan Master yang dipuja di Timur. Dia diperintahkan untuk "berdiri dengan tubuh tegak dan kakinya membentuk sudut persegi sebuah 4 segi panjang bercantum." Orang Mesir melakukan hal yang sama.






Templar -  Asal-usul Freemasonry adalah tidak jelas. Telah menunjukkan bahawa mereka berkemungkinan besar merupakan kelanjutan dari Kesatria Melarat Rumah Ibadat Sulaiman atauKesatria Templar (Knights Templar). "Jata Sulaiman (The Seal of Solomon) atau perisai Daud, di bawah kedua-dua nama yang sama itu ditandakan, adalah bentuk heksagon yang terdiri daripada dua segitiga yang terjalin, sehingga membentuk garis-garis besar sebuah bintang berhujung enam. Selepas itu tertulis salah satu daripada nama-nama suci Tuhan, daripada yang seharusnya inskripsi itu prinsipnya untuk memperolehi kuasa azimat. Kuasa ini sangat luas, di mana ia dipercayai dapat memadamkan api, mencegah luka-luka dalam sebuah konflik, dan melakukan banyak keajaiban lainnya. "  (Encyclopedia of Freemasonry, hal 674)

Banyak simbol Templar yang dimasukkan ke dalam logo syarikat. The Skull and Bones adalah salah satu; salib berganda adalah satu yang lain. Lihatlah logo Exxonlagi. Templar paling terkenal kerana dua hal, emas dan lengkungan. Mereka percaya bahawa kuasa Sulaiman berasaskan dalam Bahasa Ibrani, magic yang sekarang dikenali sebagai Kabalism atau Qabalism. Untuk mengetahui Qabalism, seseorang harus tahu bahasa Ibrani dan Tarot.






Ibrani dan Tarot - Dalam bahasa Ibrani, huruf2 abjad adalah nombor. Sebagai contoh, dalam Bahasa Ibrani nombor 666 ialah vvv atau www. Setiap nilai berangka mempunyai erti yang penting, misalnya 66 adalah nombor Qlippoth, juga dikenali sebagai malaikat yang tersisir dari syurga / the fallen angels (yang sebenarnya adalah Iblis). Seperti 6 = V dalam Bahasa Ibrani, jadi 66 boleh digambarkan sebagai Hitler W. 's VW = 666 atau 66 bergantung pada bagaimana anda melihatnya. Conoco boleh diterjemahkan kepada 666 dan 90. 90 adalah jumlah Bintang di Tarot





The Pentagram - "Albert Pike menyifatkan nya sebagai 'tanda mutlak kecerdasan akal manusia (p.790). The Magician's Dictionary pula menyatakan, "dalam pengertian umum (pentacle) ini melambangkan kesemua simbol magik dan azimat/tangkal. Secara khusus, seperti pentagram, ataupun bintang berhujung lima, pentacle ini adalah simbol baginya sendiri. Pentagram ini adalah paling penting buat tukang sihir - sine qua non (tidak boleh tidak tanpa nya- dalam bahasa Latin). Ia menjadi lambang dunia yang materialistik dan kuasa manusia. 


"... Dan para Mason sangat menyukainya. Bintang di bendera Amerika didasarkan pada prinsip Masonik yang sama. Setiap negeri berdaulat yang merdeka, menentukan nasibnya sendiri, dengan cara yang sama seperti tukang sihir menguasai dunianya sendiri. Kita dapat melihat dengan nyata jumlah negara2 yang menggunakan pentagram pada bendera mereka.

Pentagram (pentakel atau pentalpha) di ibaratkan oleh beberapa kaum okultis barat sebagai sesuatu yang berguna untuk menjejaki kepentingan esoteris terhadap astronomi untuk memerhatikan kaitan pola Venus (Zuhrah) dengan Matahari.


Venus (Planet Zuhrah), melambangkan sebuah pentakel setiap lapan tahun bila dilihat dari bumi, kadang-kadang sebagai "Bintang Fajar" dan kadang-kadang sebagai "Evening Star". "Lucifer" adalah istilah Latin yang asal mula digunakan oleh orang Rom untuk merujuk pada planet Venus (Zuhrah). Untuk alasan ini, diyakini bahawa Venus (Zuhrah) adalah apa yang disebut sebagai Lucifer dalam Bible King James dan bukan Syaitan. Tidak ada hubungan antara kata-kata Lucifer dan syaitan hingga Milton, "Paradise Lost" dan Dante's "Divine Comedy".



Kamus Oxford Inggeris menyatakan bahawa pentakel dikenali sebagai alat yang digunakan dalam ilmu hitam. Dari More’s "Mystic Inquiries", kamus menerangkan, "mereka menyarungkan pentacle itu ke leher mereka ketika mereka membuat silap mata (sambil menyebut forsooth ...yang dipanggil pentacles of Solomon) yang dihiasi dan diperkuatkan dengan transkripsi dari Kitab Suci." Dan daripada Dekker "Kandungan Babel Works", menyebut "Ambil Periapts, pentacle, dan Charmes ampuh untuk menyilap roh-roh yang jahat." Ramai yang percaya dan yakin bahawa azimat ini juga dapat melindungi mereka di medan perang



Di Mesir, ialah simbol Sirius. Kita akan melihat bahawa tulisan hieroglyph merangkumi sebuah obelisk, sebuah kubah, dan sebuah pentagram. Simbol-simbol ini sering kali muncul dalam kajian Freemason. Isis (atau Sothis) adalah representasi dari Sirius, juga. Di Austin, terdapat sebuah obelisk (tugu) di utara modal kubah dengan seorang dewi memegang pentakel.




The Blazing Star - pun ialah satu lagi lambang Sirius dalam Freemason. "Simbol terkemuka dari Symbolic Lodges ini digambarkan di sana sebagai tulisan hieroglyph Ilahi, tapi Pike menyifatkan nya sebagai wakil daripada Kebenaran Ilahi, Sirius (bintang paling terang di langit), dan Matahari." "Sebuah Istilah untuk Akhlak dan Dogma "hal. 75 Dr Rex R. Hutchens, 33.

Jika anda terjumpa syarikat2 atau apa sahaja yang mempunyai unsur illuminati seperti di atas, hati-hatilah kerana anda sedang berhadapan dengan kumpulan manusia yang mempunyai agenda tersembunyi.Mereka menyelinap masuk ke dalam industri perniagaan dan sebagainya adalah untuk membuat duit. Duit yang anda beri kepada syarikat2 ini akan digunakan untuk membiayai mereka, untuk menyediakan mereka, untuk menguatkan angkatan tentera dajjal mereka. Ada agenda yang mereka sedang jalankan...

Sejarah Penyembah Syaitan/ Freemason/ Illuminati


Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.

Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

tammuzWalaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernamaTammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu'benih seorang wanita'

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;

ancient goddess



Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

semiramis in coin
Semiramis dalam duit syiling lama


illuminati_liberty
Statue of Liberty



Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dariColumbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.


Columbia_Pictures

.

Keturunan Namrud hingga kini

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

13 illuminati bloodlines

Sebelum saya mengulas lebih lanjut saya ingin menerangkan tentang bagaimana freemason yang wujud pada hari ini boleh tertubuh. Pada suatu masa dahulu malaikat Harut dan Marut diturunkan oleh Allah ke dunia sebagai cubaan untuk manusia. Raja Namrud meminta kedua-dua malaikat tersebut mengajarkan ilmu sihir kepadanya dan beliau amat meminati sihir2 yang diajarkan oleh kedua-dua malaikat ini. Lalu jatuh murtadlah Raja Namrud.(Rujuk ayat 102 albaqarah).Ajaran2 sihir ini disampaikan dalam bentuk mantera, jampi serta dlm pelbagai bentuk sehinggalah ke hari ini. Kemudian nabi Sulaiman merampas semua buku2 sihir itu dan menanamnya di bawah istana baginda (di bawah masjidil Aqsa). Kemudian knight templar iaitu pahlawan salib telah menggali jerussalam sehingga mereka menemukan buku2 sihir itu. Secara tidak langsung dengan mempelajari sihir itu, mereka dapat berhubung dengan dajjal. 

Kemudian zaman eropah yang jatuh kerana tiada ilmu pengetahuan(zaman gelap) secara tiba2 bangkit dengan kemunculan cendekiawan2. Mereka muncul dalam jumlah yang banyak dalam jangka masa yang singkat pada zaman rainessance. Daripada manakah mereka2 ini datang?? Ya mereka adalah puak2 yang menjumpai buku sihir itu dan mempelajarinya. Dengan bantuan syaitan mereka mampu untuk mengemukakan teori akademik. Mereka mencipta teknologi moden dengan ilmu2 yang diberikan oleh syaitan. Oleh sebab itu, org2 kristian pada zaman itu menangkap 'saintis2' pada zaman tersebut, kerana mereka bukan sahaja menjatuhkan institusi gereja malah telah menafikan kewujudan tuhan dengan ilmu2 logikal yang mereka pelajari daripada syaitan.Kemudian kegiatan puak2 penyembah syaitan ini menjadi perlahan kerana kebanyakan mereka ditangkap oleh pihak gereja. Lalu mereka bergerak secara perlahan dengan nama Freemason sehingga ke hari ini.
Lambang Freemason



Kupasasan yang lebih terperinci mengenai freemason akan diterangkan dalam tajuk lain.