Text

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Baca post yg lama dulu ye untuk lebih faham sebab post2nya saling berkaitan dan ada sangkut paut..Post2 saya berkaitan dengan konspirasi dunia masa kini..I can feel in the air..I can feel on the land..I can feel in the water..The world is changing(saje je speaking sket)..Perubahan yang dunia alami begitu drastik..ketamadunan Barat meresapi ke seluruh pelosok dunia..Tamadun Barat Moden ini benar2 sesuatu yang aneh..sangat aneh berbanding tamadun2 sebelumnya..mereka seolah-olah tiada tuhan..mereka fikir sains mereka adalah tuhan..Apa yang berlaku?! Sesuatu sedang dijalankan..Kita perlu bongkar rahsia mereka..Apa yang mereka sedang rancang, agenda mereka kita perlu gali keluar..Atau..kita akan hanyut dan fana..

Wednesday 30 March 2011

Penipuan Besar-Besaran Dunia Akhir Zaman

Assalamualaikum w.b.t. saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Di bawah tajuk ini saya akan mengupas mengenai penipuan besar-besaran yang dilakukan oleh manusia-manusia yang menentang Allah s.w.t. saya telah melakukan kajian daripada pelbagai sumber yang menyertakan bukti-bukti kukuh tentang penipuan di akhir zaman ini.

Nabi Muhammad pernah bersabda, "Sesungguhnya umatku di akhir zaman nanti ramai yang akan menghidap penyakit wahan." Sahabat bertanya, " apakah itu penyakit wahan wahai Rasulullah?" Nabi menjawab, " cintakan dunia dan takutkan mati."


Benar kata Nabi kerana penyakit wahan itu sedang melanda masyarakat dunia. Manusia sangat leka mengejar urusan dunia sehingga lalai daripada mengingati Allah s.w.t. Persoalannya di sini, mengapa nabi menyebut hal ini sebagai penyakit? Kerana ianya merupakan sihir orang-orang yang berkenaan terhadap penduduk dunia.
Mereka melakukan sihir ini semata-mata untuk menubuhkan sebuah pemerintahan dunia baru/ New World Order(NWO). Siapakah pelaku sihir ini dan apakah itu NWO? Rujuk ayat ke 102 surah Al-Bakarah:

"mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

Sebelum saya mengulas mengenai ayat di atas. Saya ingin membebaskan minda anda daripada satu perkara yang sudah terlekat di sanubari kita sejak kita berada di darjah satu lagi.

Kita diajar tentang zaman prasejarah iaitu zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam. Tanyalah sesiapa itulah garis masa yang disebut. Kita percaya bahawa orang paleolitik tinggal di dalam gua, tidak tahu berbahasa dan tidak tahu apa2.

Penyataan ini adalah tidak benar!! Kerana nabi Adam A.S bukanlah orang gua seperti yang didakwa. Nabi Adam telah diajarkan dengan nama2 daripada nama malaikat Jibril, Mikael, Israfil sehinggalah kepada nama2 burung gagak!! Hal ini bermakna, nabi Adam mempunyai pengetahuan sebelum diturunkan ke dunia ini. Tambahan pula, setelah turun ke dunia, nabi Adam telah menyambung pembinaan kaabah yang sebelum ini dilakukan malaikat. Ini menunjukkan manusia pertama di dunia sudah tahu membina apatah lagi berbahasa. Tidak mungkin nabi Adam diturunkan dalam keadaan sehina gambar di atas!! Hal ini membuktikan zaman prasejarah hanyalah satu pembohongan!! Anda boleh melakukan kajian sendiri dengan menonton video dunia akhir zaman di laman youtube.
Di samping itu, masyarakat yang dianggap orang gua ini telah mencipta teknologi yang lebih hebat daripada teknologi yang ada pada hari ini. Buktinya, terdapat bateri yang dijumpai di tapak arkeologi zaman kerajaan mesopotamia, lukisan helikopter pada kuil zaman babylon dan pembinaan piramid yang belum boleh dirungkai misterinya.

Anda boleh lihat dengan jelas terdapat gambar helikopter dalam
tulisan hieroglif di atas.


Siapakah dalang disebalik segala penipuan ini?? Jawapannya adalah Charles Darwin.


Makhluk inilah yang mengasaskan teori evolusi yang mempengaruhi penduduk dunia. Bagaimana makhluk hina ini boleh terfikirkan untuk membuat teori seperti ini. Ini adalah rancangan iblis dan konco2nya. Darwin adalah penyembah syaitan! Syaitanlah yang mengajarnya teori ini supaya manusia menafikan kewujudan tuhan. Hal ini terlihat dalam masyarakat barat moden hari ni yang seolah-olah tiada tuhan di dunia ini. Sejarah penyembah syaitan ini akan saya ulas dalam sebuah tajuk yang lain pula.

Kesimpulannya, kita sedang hidup di sebuah dunia yang penuh dengan penipuan. Banyak lagi penipuan-penipuan yang saya akan rungkai dan anda akan terkejut kerana penipuan-penipuan yang dijalankan mengalir dalam kehidupan seharian anda.

1 comment: