Text

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Baca post yg lama dulu ye untuk lebih faham sebab post2nya saling berkaitan dan ada sangkut paut..Post2 saya berkaitan dengan konspirasi dunia masa kini..I can feel in the air..I can feel on the land..I can feel in the water..The world is changing(saje je speaking sket)..Perubahan yang dunia alami begitu drastik..ketamadunan Barat meresapi ke seluruh pelosok dunia..Tamadun Barat Moden ini benar2 sesuatu yang aneh..sangat aneh berbanding tamadun2 sebelumnya..mereka seolah-olah tiada tuhan..mereka fikir sains mereka adalah tuhan..Apa yang berlaku?! Sesuatu sedang dijalankan..Kita perlu bongkar rahsia mereka..Apa yang mereka sedang rancang, agenda mereka kita perlu gali keluar..Atau..kita akan hanyut dan fana..

Wednesday 30 March 2011

Sejarah Penyembah Syaitan/ Freemason/ Illuminati


Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.

Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

tammuzWalaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernamaTammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu'benih seorang wanita'

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;

ancient goddess



Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

semiramis in coin
Semiramis dalam duit syiling lama


illuminati_liberty
Statue of Liberty



Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dariColumbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.


Columbia_Pictures

.

Keturunan Namrud hingga kini

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

13 illuminati bloodlines

Sebelum saya mengulas lebih lanjut saya ingin menerangkan tentang bagaimana freemason yang wujud pada hari ini boleh tertubuh. Pada suatu masa dahulu malaikat Harut dan Marut diturunkan oleh Allah ke dunia sebagai cubaan untuk manusia. Raja Namrud meminta kedua-dua malaikat tersebut mengajarkan ilmu sihir kepadanya dan beliau amat meminati sihir2 yang diajarkan oleh kedua-dua malaikat ini. Lalu jatuh murtadlah Raja Namrud.(Rujuk ayat 102 albaqarah).Ajaran2 sihir ini disampaikan dalam bentuk mantera, jampi serta dlm pelbagai bentuk sehinggalah ke hari ini. Kemudian nabi Sulaiman merampas semua buku2 sihir itu dan menanamnya di bawah istana baginda (di bawah masjidil Aqsa). Kemudian knight templar iaitu pahlawan salib telah menggali jerussalam sehingga mereka menemukan buku2 sihir itu. Secara tidak langsung dengan mempelajari sihir itu, mereka dapat berhubung dengan dajjal. 

Kemudian zaman eropah yang jatuh kerana tiada ilmu pengetahuan(zaman gelap) secara tiba2 bangkit dengan kemunculan cendekiawan2. Mereka muncul dalam jumlah yang banyak dalam jangka masa yang singkat pada zaman rainessance. Daripada manakah mereka2 ini datang?? Ya mereka adalah puak2 yang menjumpai buku sihir itu dan mempelajarinya. Dengan bantuan syaitan mereka mampu untuk mengemukakan teori akademik. Mereka mencipta teknologi moden dengan ilmu2 yang diberikan oleh syaitan. Oleh sebab itu, org2 kristian pada zaman itu menangkap 'saintis2' pada zaman tersebut, kerana mereka bukan sahaja menjatuhkan institusi gereja malah telah menafikan kewujudan tuhan dengan ilmu2 logikal yang mereka pelajari daripada syaitan.Kemudian kegiatan puak2 penyembah syaitan ini menjadi perlahan kerana kebanyakan mereka ditangkap oleh pihak gereja. Lalu mereka bergerak secara perlahan dengan nama Freemason sehingga ke hari ini.
Lambang Freemason



Kupasasan yang lebih terperinci mengenai freemason akan diterangkan dalam tajuk lain.

No comments:

Post a Comment